Oh! 10 negara yang tidak dikenali | QIMAYRA MOHAMMAD ®


why?

invisible hit counter

Oh! 10 negara yang tidak dikenali

| 21 February 2012


assalamualaikum ..

agak terkejut juga sedikit apabila mendapat tahu ada juga negara yang tidak dikenali, setakat ini ada 10 daftar negara yang sudah diketahui kewujudannya tapi tidak atau kurang dikenali. mungkin sahaja anda, kawan-kawan anda dan juga keluarga anda tidak mengenali ataupun tidak pernah dengar tentang 10 negara tersebut jadi jom kita ambil tahu!


 Nagorno-Karabakh


Nagorno-Karabakh adalah republik merdeka yang terletak di antara Armenia dan Azerbaijan. di negara ini banyak terdapat penduduk dari bekas Kesatuan Soviet melaui Perang Nagorno-Karabakh 1991-1994 . negara ini masih tidak diakui oleh negara lain, termasuk Armenia. 95% dari penduduknya adalah Armenia, dan bakinyanya adalah orang-orang Yunani dan Kurdis. kegiatan ekonomi negara ini pada dasarnya diarahkan untuk Armenia yang tinggal di negara-negara Barat.


Pitcairu Island
 
Kepulauan Pitcairn secara rasmi bernama Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno Islands, tersepit antara empat pulau vulkanik. sebelumnya ia sebahagian dari jajahan Inggeris, yang merupakan sebahagian dari Pasifik. bahasa penduduknya campuran bahasa Inggris dan Tahiti. dalam beberapa tahun terakhir gereja telah ditutup kerana hanya lapan orang yang mengunjungi secara tetap.

hanya ada satu Café dan Bar di pulau itu dan pemerintah menjual alkohol dan rokok tetapi undang-undang di negara ini ialah dilarang menari, merokok dan minum alkohol jika tidak akan dikenakan hukuman moral. macam mana pemerintah nak kaya ni? lol!


Cook Island


Cook Islands memiliki demokrasi berparlimen dengan pemerintahan sendiri. dengan lebih dari 90.000 pelancongi setiap tahun, perikanan adalah kegiatan utama ekonomi mereka dengan potensi melepasi pantai, laut, mutiara dan eksport buah. cook island dinamakan oleh navigator Inggeris Kapten James Cook ketika beliau sampai di pulau tersebut pada 1773.


Tokelau
 
Tokelau adalah wilayah yang tidak memiliki pemerintah sendiri. Nama Tokelau berasal dari kata Polinesia yang bererti “angin utara”. pulau ini memiliki sumber ekonomi terkecil dari mana-mana negara di dunia yang membuat mereka hampir sepenuhnya tergantung pada subsidi dari New Zealand. 96% dari penduduknya adalah orang Kristian dan 57% di antaranya adalah perempuan.


Isle Of Man

Isle of Man juga dikenal sebagai Mann, mempunyai sebuah pemerintahan sendiri dari British Crown Dependency, terletak di laut Ireland antara pulau Britain dan Ireland dan negara ini bukan sebahagian dari Kesatuan Eropah. Penghasilan negara ini berasakan pada perbankan luar negeri dan perikanan. Pulau ini telah dihuni sebelum 6500 SM lagi.


Guernsey
 
Guernsey berada di bawah tanggungjawab Britain tetapi negara ini tidak dikira sebagai sebahagian dari England, serta Kesatuan Eropah. Guernsey terletak di Selat Inggeris di pantai Normandia. negara ini memiliki otonomi penuh atas urusan antarabangsa. sekarang ini negara ini sedang berusaha untuk kemerdekaan penuh dari Kerajaan Britain.


Comoros

Komoros adalah negara kepulauan Afrika di Lautan Hindia yang terletak di antara Mozambeque dan Madagaskar. pulau ini merupakan bekas jajahan Perancis. ketika ini ada sekitar 300 000 orang Comorians tinggal di Perancis dan 98% dari penduduk di Comoros adalah Muslim.


Tuvalu
 

Tuvalu adalah sebuah monarki perlembagaan dengan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Mereka tidak memiliki kekuatan tentera sendiri jadi mereka tidak banyak menghabiskan wang untuk urusan pertahanan. Tuvalu adalah negara terkecil peringkat keempat di dunia. Penduduk pertama negara ini adalah orang-orang Polinesia.


Nauru


Nauru sebuah bekas koloni penjajah Jerman, juga dikenal sebagai Pulau Pleasant Pasifik Selatan. Orang-orang Nauru mengumpulkan air hujan selama musim hujan antara bulan November dan Februari kerana mereka sangat terbatas dalam air tawar. Sukan paling popular di negara ini adalah bolasepak dan negara ini sudah memiliki liga sepak bola dengan tujuh kelab liga.
 

Vanuatu


90% penduduk di Vanuatu makan ikan dan 80% tinggal di luar bandar di kampung-kampung terpencil dengan kebun mereka sendiri yang menghasilkan bahan pangan. Scuba diving merupakan aktiviti yang sangat popular di sini. Tsunami bukanlah hal yang asing di Vanuatu dan gempa bumi memiliki kesan negatif pada pertumbuhan ekonomi negara tersebut.
 
P/S : KITA DAH TAU DAH! HEHE. MUNGKIN ADA LAGI NEGARA YANG BELUM DIKESAN KEWUJUDANNYA, MAKLUM LAH BUMI NI BESAR SANGAT YER TAK.


komen kalau free, like kalau nak cepat. hehe ;D

Comments
3 Comments

3 661 COMMENTS.:

{ Henry Zackery } at: 21 February 2012 at 01:51 said...

pelik betol nama2 nie

{ N.A.M.N } at: 22 February 2012 at 18:00 said...

Kagum eh..^^

{ Anyyss Shuhaimi } at: 23 February 2012 at 19:00 said...

terkejut sebentar. XD