why?

invisible hit counter

jadual berbuka puasa dan imsak 2013/1434H

| 17 June 2013


assalamualaikum ..

lama sudah tak update blog ni hehe. memandangkan Ramadhan tak lama menjelang dan jadual berbuka dan imsak dah ada so saya nak update juga la. kena juga! haha :D

ok jadual berbuka puasa dan imsak bagi tahun 2013/1434H bagi seluruh negeri di Malaysia anda boleh rujuk di website ini ok mysumber.com 

dan bagi jadual berbuka puasa dan imsak di daerah saya iaitu Tawau, Sabah seperti di bawah ini.


cara download: ctrl+klik jadual, masuk ke new tab, klik kanan, "save image as". selamat menjalankan ibadah puasa semuanya! muchlove!


komen kalau free, like kalau nak cepat. hehe ;D

bersama najwa latif dan sleeq

| 14 April 2013

assalamualaikum !

actually memang dah lama nak buat entri ni tapi tiada kesempatan dan hari ni baru ada masa nak update. update kali ni berkaitan dengan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau yang diadakan pada 1 Februari lalu. korang tau tak pasal festival ni? kalau tak tahu mohon googling sebab saya malas nak taip panjang-panjang lagi haha!

yang saya nak kongsikan tentang artis jemputan untuk festival tahun ni iaitu Najwa Latif dan Sleeq! bukan itu je, saya diberi peluang untuk bersama-sama mereka. saya juga peminat mereka-mereka ni. memang macam tak percaya la dapat bersama-sama dengan mereka, macam rasa bermimpi pun ada haha. tapi ini memang pengalaman yang best la bagi saya.

ni semua kerja abang Ares Arapa la ni yang merupakan Ketua Pegawai Penyiaran Tawau. beliaulah yang panggil saya untuk bersama-sama RTM Tawau untuk menjadi sebahagian Krew pengurusan untuk persembahan Najwa Latif dan Sleeq masa Festival tu. 

bermula masa sebelah petang 1 februari, abang ares arapa jemput saya untuk bersama-sama di pra-persembahan najwa latif dan sleeq, habis je balik dari keja saya terus balik rumah besiap then datang ke perkarangan Majlis Perbandaran Tawau. "lapor diri" dengan beliau dan dapatlah jumpa artis-artis ni. wooot! ..






selain dari Najwa Latif dan Sleeq, turut bersama juga adalah Ika Latif (kakak kpd najwa latif), Azahari (Pengurus Njwa Latif) dan Diyana Halik, wife Aaron Aziz you ols!

Pra-persembahan ni kejap je, 25 minit mcm tu la. lepas tu kitaorang bawa mereka kembali ke tempat menginap mereka di Shervinton Executive Boutique Hotel untuk berehat sebelum show disebelah malamnya pula.

haa ni sebelah malam pula. sampai jer artis-artis ni ke majlis perbandaran tawau kitaorang terus bawa ke dewan mesyuarat ni haa. untuk buat persiapan .



kitaorang kena kurung dalam ni, sejuk gile aircond dia sampaikan saya dan Ika Latif tak tahan kitaorang lepak dekat luar. fuhh.



masa kami dekat dalam dewan tu pihak RTM Tawau bagi masa 30 minit untuk peminat masuk dewan  untuk berjumpa atau ambil gambar bersama NL dan Sleeq tapi nampak macam NL tak tahan dia duduk dekat lantai, nak bersembunyi konon. haha. taknak kena ganggu la tu..


salah seorang krew RTM Tawau bersama Sleeq, ni member saya juga ..

selama kami bersama mereka banyak juga benda yang kami kongsikan kepada mereka tentang tawau ni terutamanya tentang festival. banyak benda kitaorang cerita dan kongsi. Sleeq je la yang suka sangat bawa kami bercerita, Najwa pula pendiam orangnya. kita tanya baru nak cakap. hehe.

sekitar jam 11.45pm acara festival dah sampai kemuncaknya dan tibalah untuk persembahan artis-artis ni tapi sebelum iring mereka untuk ke pentas kitaorang ambil gambar dulu. asyik peminat je yang ambil gambar kan.



haa yang pose ala-ala YB tu, tu la abang Ares Arapa, beliaulah yang jemput saya untuk bersama-sama krew RTM Tawau. Beliau memang best, lucu orangnya ..



dan !! ni la saya bersama mereka. terbaek dohhh ! jangan jeles :P

selepas tu kami bawa mereka ke pentas untuk persembahan. Sleeq membuat kemunculan pertama mereka dengan lagu Cun Saja, kemudian dengan lagu Salam Semua, Sahabat dan lagu Untuk Dia. Najwa Latif mengambil pentas dengan lagu AdaMu dan Kosong. Crowd? memang AWESOME! kata Najwa Latif.










Ini merupakan kali ke-2 Njwa Latif bertandang ke Tawau dan kali pertama bagi Sleeq.

selepas persembahan kitaorang bawa mereka makan seafood. kalau korang semua nak tahu seafood segar, sedap dan paling murah hanya terdapat di Tawau, promote sikit Hahaha !




selepas makan, kitaorang hantar lah artis-artis ke hotel. memang best la semalaman bersama mereka ni, sporting sungguh. apa perasaan korang bila dapat bersama dengan artis yang korang minat? teruja tahap dewa. itulah yang saya rasa.

Thanks bebanyak kepada pihak RTM Tawau, khasnya kepada abang Ares Arapa sebab bagi peluang kepada saya untuk bersama-sama dengan mereka sepanjang perjalanan untuk tugasan persembahan Njwa Latif dan Sleeq semasa festival kebudayaan antarabangsa Tawau yang lalu. Bestt gile!

Itu je la yang aku dapat kongsikan, banyak lagi gambar bersama mereka tapi ni je lah yang aku nak bagi tengok. hehe.

jumpa lagi d update yang seterusnya, in sha Allah! assalamualaikum !



komen kalau free, like kalau nak cepat. hehe ;D

genap setahun bekerja genap setahun terabai

| 9 April 2013

assalamualaikum !

apa yang terabai? ni ha yang terabai, blog saya ni dah setahun tidak berupdate! how come .. ni disebabkan keja gila-gila la ni. adeii. saya update ni pun sebab nak berkongsi cerita sikit yang saya dah setahun bekerja di hotel 3 bintang ni haa, masa saya baru masuk keja saya ada update juga, baca sini

haa macam? dah setahun kan? lebih sikit. hehe. alaa bukan nak showoff, nak tunjukkan saya ni hebat la kononya cuma nak berkongsi kegembiraan sebab dapat bertahan kerja sampai setahun. keja saya ni bukan kerja senang lenang, ni kerja mental dan fizikal kena tahan, ni hotel banyak staff so banyak karenah, lagi satu jawatan saya di hotel ni tak ubah macam Commando VAT69 kena 24jam kena siapkan diri..



baru setahun bhaii, masih jauh lagi perjalanan. fuhh !

but, alhamdulillah sebab saya tahan juga dan semoga saya bertahan sampai gaji saya beratus puluh ribu hahah! angan-angan je lebih! specially thanks untuk senior saya, abg jefri the best IT technician ever! beliau banyak ajar selama setahun ni dan juga kepada general manager yang banyak marah-marah saya! haha. tak lah, tak marah pun kan cuma nak menasihati katanyaa. dan juga kepada semangat kental saya yang jitu untuk bertahan, ini kerana atas izin Allah SWT! terima kasih Ya Rabb!.

dah sampai sini je la. rindu pulaa dengan blog aku ni yang dahulunya meriah dengan updates, meriah dengan visitors. adei. saya sendiri pun tak tahu kenapa malas nak blogging dah hehe. sekarang ni aktif dekat twitter dan instagram je laa.

weh dah follow twitter saya belum? ada twitter widget dekat sebelah kanan tu haa click aje, instagram saya search je "Qimayra Mohammad" follow kalau nak! kalau taknak takpe! eheheh. ok assalamualaikum see u again!




komen kalau free, like kalau nak cepat. hehe ;D