backstreetboys dah banyak tolong aku. terima kasih BSB! | QIMAYRA MOHAMMAD ®


why?

invisible hit counter

backstreetboys dah banyak tolong aku. terima kasih BSB!

| 22 November 2011



assalamualaikum ..

bercerita tentang kehidupan dan muzik, mst ada korang yang seumur aku yang lahir pada 1990 ke atas yang membesar dengan lagu-lagu luar negara? oke kita lupakan muzik tempatan buat sementara waktu.

sbg contoh the beatles? nirvana? slipknot? limp bizkit? linkin park? 3 doors down? bon jovi? ataupun justin biebier? oh pastinya tidak, dia masih budak-budak lagi (idola utk kanak-kanak sesuai kot?).

aku masih ingat lagi pada tahun 1999 time tu aku darjah 3, cikgu bahasa inggeris aku cakap ''nak pandai dalam bahasa inggeris mesti ada kamus'' time tu memang aku dah ada kamus dah, siap beli dari darjah satu lagi.

tapi bagi korang laa, kamus cukup ker untuk improve bahasa inggeris kita? lebih-lebih lagi untuk mengarang karangan atau esei? bagi aku belum cukup lagi la. so cara terbaik untuk improve bahasa inggeris aku, aku layan lagu-lagu inggeris, nak tau aku layan lagu-lagu inggeris dari mana? haa amekawww.


 Backstreetboys aka BSB layan dari 1999 sampai sekarang.

BSB tu! woott wott! ini laa artis dan selebriti antarabangsa pertama yang aku minat semasa pertama kali aku nak bermanja dengan lagu-lagu antarabangsa ni. dengan lagu-lagu mereka la aku membesar dan dengan lagu-lagu mereka la aku dapat improve bahasa inggeris aku. 

sebab kenapa aku suka dan dapat improve bahasa inggeris aku dengan lagu-lagu mereka ni?
  • yang pastinya lagu-lagu mereka bestt dan tidak membingitkan telinga.
  • sebutan mereka? senang nak grab! tak la macam linkin park ke limpbizkit yang rap-rap tu. laju, susah sangat nak tangkap. 
  • melalui lagu-lagu mereka la aku belajar cara sebutan/intonasi dan susunan ayat dalam bahasa inggeris yang betul.
  • yang paling penting dalam lagu mereka takda lirik yang mengeluarkan perkataan mencarut.

korang cuba tanya sendiri member korang yang terrer bahasa inggeris, mesti diorang masa kecik-kecik dulu dah layan lagu inggeris punya laa, takpun banyak layan filem hollywood.


tips mudah untuk improve bahasa inggeris korang, dengan melayan drama atau filem melayu yang ada subtitle bahasa inggeris juga dapat improve bahasa inggeris korang. trust me \m/. layan movie inggeris yang ada subtitile malay pun dapat membantu juga.

lagi satu, korang suka lagu inggeris apa? kalau suka, dengar cuba nyanyi sambil tengok liriknya. seperti yang aku nyatakan di atas lirik-lirik dalam sesebuah lagu tu pun dapat ajar atau tunjuk korang sususan ayat dalam bahasa inggeris dengan betul. 

so time buat karangan inggeris atau spelling test sedikit sebanyak dapat juga membantu, kalau ayat-ayat yang mencarut tu jgn la korang ikut jugaa. naya nayaa. hehe.

oke tu jer yang aku nak share ngan korang, ini merupakan pendapat aku melalui pengalaman sendiri. lain orang lain caranya yer tak? hehe.

tapi sekarang dah canggih dah bro, kami improve english language kitaorang dengan chatting kat facebook in english language.. haaaa! itu pun salah satu cara terbaik dik!

P/S : INI ADALAH TIPS BAGI MEREKA YANG MALAS NAK BACA NOVEL BAHASA INGGERIS DAN BUKA KAMUS!. bosan laa kalau baca novel, mengantuk jer ..

haa korang yang abg-abg kakak-kakak ni pula bagaimana dulu? :)


komen kalau free, like kalau nak cepat. hehe ;D

Comments
2 Comments

2 661 COMMENTS.:

{ Nafisah Ruslan } at: 22 November 2011 at 21:00 said...

kita lahir tahun yang sama.. dengar pn musti lagu yang sme..
mmg peminat giler dgn BSB, nsync, five.. lagu britney pun ok je dulu.. akrg ni je tah pape..

{ Qimayra Mohammad } at: 22 November 2011 at 21:17 said...

WESTLIFE? hehehe. skrg nie lagu ssh ckit, byk mencarut, maksud xbaik.. ssh2~