why?

invisible hit counter

review : lokasi terakhir pengambaran filem 3 idiots

| 27 February 2012






assalamualaikum ..

sudah tonton filem bollywood, 3 idiots tak? mesti suda kan. hari tu ada di tayangkan kat tv3, memang best filem tu. tentang lokasi pengambaran terakhir 3 idiots tu (seperti gambar di atas), perasan tak? cantik dan indah tempat tu. mesti ramai yang tertanya-tanya kat mana lokasi tu.

oke la tempat di mana lokasi terakhir pengambaran 3 idiots tu ialah di tasik pangong di ladakh, utara india. ladakh bermaksud tanah tinggi, terletak antara gunung kunlun dan banjaran himalaya.

ladakh terkenal dengan keindahan gunung dan budaya. ia kadang kala dipanggil "Little Tibet" kerana dipengaruhi oleh kebudayaan Tibet. sejak tahun 1974 kerajaan india berjaya menggalakkan pelancongan di ladakh, tentera india juga mengekalkan pangkalan tentera di situ.










P/S : SANGAT INDAH! ADA JUGA YANG MENGATAKAN LADAKH INI NEGERI DI MANA LANGIT DAN BUMI BERTEMU.

Undi Artis, Selebriti dan Pelakon pilihan anda di #AnugerahBlockbuster, KLIK SINI.


komen kalau free, like kalau nak cepat. hehe ;D

cara untuk melihat video di laman youtube jika tiada sambungan internet

| 25 February 2012




assalamualaikum ..

youtube merupakan laman perkongsian video yang amat popular di abad ini, setiap hari berjuta-juta pengunjung dari seluruh dunia yang singgah ke laman youtube, untuk melihat video-video yang ada di laman youtube perlulah ada sambungan internet yer tak?

jika internet laju senang hati lah dapat tengok video di laman youtube tanpa sebarang buffering, direct jer kalau ada pun sikit jer kan? kalau tenet lemah, sakit hati la jawabnya sambil menunggu buffering habis lebih-lebih lagi kalau naka tengok filem.

aku nak tunjukkan korang cara macam mana nak lihat video kat laman youtube tanpa sebarang sambungan ataupun connection dari internet. percuma la jawabnya ni. mudah jer caranya, macam ni. first ..




amacam? mudah bukan? dijamin tanpa sebarang buffering, lancar jer tengok video. gangguan video hanya akan berlaku apabila elektrik terputus. hahaha! korang jangan marah eh, sekali skala kena troll apa salahnya. fffffffuuuuuuuuuuuuuuu! hahaha.

P/S : TAKDA BENDA YANG FREE YER. TEHEHE.



komen kalau free, like kalau nak cepat. hehe ;D

Oh! 10 negara yang tidak dikenali

| 21 February 2012


assalamualaikum ..

agak terkejut juga sedikit apabila mendapat tahu ada juga negara yang tidak dikenali, setakat ini ada 10 daftar negara yang sudah diketahui kewujudannya tapi tidak atau kurang dikenali. mungkin sahaja anda, kawan-kawan anda dan juga keluarga anda tidak mengenali ataupun tidak pernah dengar tentang 10 negara tersebut jadi jom kita ambil tahu!


 Nagorno-Karabakh


Nagorno-Karabakh adalah republik merdeka yang terletak di antara Armenia dan Azerbaijan. di negara ini banyak terdapat penduduk dari bekas Kesatuan Soviet melaui Perang Nagorno-Karabakh 1991-1994 . negara ini masih tidak diakui oleh negara lain, termasuk Armenia. 95% dari penduduknya adalah Armenia, dan bakinyanya adalah orang-orang Yunani dan Kurdis. kegiatan ekonomi negara ini pada dasarnya diarahkan untuk Armenia yang tinggal di negara-negara Barat.


Pitcairu Island
 
Kepulauan Pitcairn secara rasmi bernama Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno Islands, tersepit antara empat pulau vulkanik. sebelumnya ia sebahagian dari jajahan Inggeris, yang merupakan sebahagian dari Pasifik. bahasa penduduknya campuran bahasa Inggris dan Tahiti. dalam beberapa tahun terakhir gereja telah ditutup kerana hanya lapan orang yang mengunjungi secara tetap.

hanya ada satu Café dan Bar di pulau itu dan pemerintah menjual alkohol dan rokok tetapi undang-undang di negara ini ialah dilarang menari, merokok dan minum alkohol jika tidak akan dikenakan hukuman moral. macam mana pemerintah nak kaya ni? lol!


Cook Island


Cook Islands memiliki demokrasi berparlimen dengan pemerintahan sendiri. dengan lebih dari 90.000 pelancongi setiap tahun, perikanan adalah kegiatan utama ekonomi mereka dengan potensi melepasi pantai, laut, mutiara dan eksport buah. cook island dinamakan oleh navigator Inggeris Kapten James Cook ketika beliau sampai di pulau tersebut pada 1773.


Tokelau
 
Tokelau adalah wilayah yang tidak memiliki pemerintah sendiri. Nama Tokelau berasal dari kata Polinesia yang bererti “angin utara”. pulau ini memiliki sumber ekonomi terkecil dari mana-mana negara di dunia yang membuat mereka hampir sepenuhnya tergantung pada subsidi dari New Zealand. 96% dari penduduknya adalah orang Kristian dan 57% di antaranya adalah perempuan.


Isle Of Man

Isle of Man juga dikenal sebagai Mann, mempunyai sebuah pemerintahan sendiri dari British Crown Dependency, terletak di laut Ireland antara pulau Britain dan Ireland dan negara ini bukan sebahagian dari Kesatuan Eropah. Penghasilan negara ini berasakan pada perbankan luar negeri dan perikanan. Pulau ini telah dihuni sebelum 6500 SM lagi.


Guernsey
 
Guernsey berada di bawah tanggungjawab Britain tetapi negara ini tidak dikira sebagai sebahagian dari England, serta Kesatuan Eropah. Guernsey terletak di Selat Inggeris di pantai Normandia. negara ini memiliki otonomi penuh atas urusan antarabangsa. sekarang ini negara ini sedang berusaha untuk kemerdekaan penuh dari Kerajaan Britain.


Comoros

Komoros adalah negara kepulauan Afrika di Lautan Hindia yang terletak di antara Mozambeque dan Madagaskar. pulau ini merupakan bekas jajahan Perancis. ketika ini ada sekitar 300 000 orang Comorians tinggal di Perancis dan 98% dari penduduk di Comoros adalah Muslim.


Tuvalu
 

Tuvalu adalah sebuah monarki perlembagaan dengan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Mereka tidak memiliki kekuatan tentera sendiri jadi mereka tidak banyak menghabiskan wang untuk urusan pertahanan. Tuvalu adalah negara terkecil peringkat keempat di dunia. Penduduk pertama negara ini adalah orang-orang Polinesia.


Nauru


Nauru sebuah bekas koloni penjajah Jerman, juga dikenal sebagai Pulau Pleasant Pasifik Selatan. Orang-orang Nauru mengumpulkan air hujan selama musim hujan antara bulan November dan Februari kerana mereka sangat terbatas dalam air tawar. Sukan paling popular di negara ini adalah bolasepak dan negara ini sudah memiliki liga sepak bola dengan tujuh kelab liga.
 

Vanuatu


90% penduduk di Vanuatu makan ikan dan 80% tinggal di luar bandar di kampung-kampung terpencil dengan kebun mereka sendiri yang menghasilkan bahan pangan. Scuba diving merupakan aktiviti yang sangat popular di sini. Tsunami bukanlah hal yang asing di Vanuatu dan gempa bumi memiliki kesan negatif pada pertumbuhan ekonomi negara tersebut.
 
P/S : KITA DAH TAU DAH! HEHE. MUNGKIN ADA LAGI NEGARA YANG BELUM DIKESAN KEWUJUDANNYA, MAKLUM LAH BUMI NI BESAR SANGAT YER TAK.


komen kalau free, like kalau nak cepat. hehe ;D

gambar : sekitar festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012

| 12 February 2012


assalamualaikum ..

buat kali keduanya daerah Tawau, sabah sekali lagi telah menganjurkan festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012 yang telah diadakan pada malam 11/01/2012 yang bertempat di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT)

Festival ini merupakan festival tahunan yang wajib aka diadakan setiap awal tahun di daerah Tawau. kepada yang kurang jelas tentang festival ini, festival ini akan mempersembahkan semua suku kaum dan etnik yang terdapat di tawau. setiap etnik akan berarak dengan menggunakan pakaian tradisional dan akan mempersembahkan tarian tradisional.masing-masing.

selain itu, suku kaum yang terdapat d negara indonesia, brunei darussalam dan negeri jiran iaitu sarawak juga dijemput hadir sama. yang uniknya tahun ini, etnik dari negara syria juga turut sama memeriahkan festival ini.

ini merupakan gambar sekitar festival yang aku sempat snap, maaflah kalau shoot tak gempak. hehe. gambar tersebut original tanpa di edit. tak sangat aku nak edit, banyak sangat.

etnik iban







etnik jawa






etnik menado dan etnik bulungan






etnik insulod taka dari nunukan, indonesia



persatuan komuniti melayu tawau





dari indonesia





etnik pathan (pakistan)





etnik suluk dan bajau






etnik toraja





etnik wakatobi



 

dari sarawak





etnik banjar




etnik arab







dan akhir sekali suku kaum saya sendiri yaitu etnik bugis! YAY!
persatuan komuniti bugis sabah (PKBS)











we are bugis family! wahha!





tu seja laa yang dapat aku shoot, sebenarnya banyak lagi suku kaum seperti suku kaum dari brunei dan syria tapi tak sempat nak ambil gambar sebab terlepas pandang. hehe. insya-Allah berjumpa lagi festival kebudayan antarabangsa pada tahun hadapan. YAY!


komen kalau free, like kalau nak cepat. hehe ;D